Tuesday 27 November 2012

0 [18SX] Bagaimana Mengetahui Mani Wanita Telah Keluar?


Soalan

Tuan, saya ingin dapatkan kepastian tentang mani perempuan. Sepertimana yang diketahui, apabila keluar mani lelaki atau perempuan mereka wajib mandi hadas biarpun tanpa persetubuhan. Walau bagaimanapun sepanjang perhubungan saya suami isteri, kami belum dapat kenalpasti bagaimanakah rupa mani perempuan. Oleh itu sukar untuk ditentukan sama ada isteri saya wajib mandi atau tidak apabila ia telah mendapat kepuasan melalui istimta’ tanpa bersetubuh tetapi keadaannya umpama orang kepuasan setelah disetubuhi.


Adakah wajib mandi apabila seseorang perempuan itu telah kepuasan seks melalui hubungan istimta’ sahaja tanpa disetubuhi dan tiada tanda-tanda ia telah keluar mani?
Harap tuan dapat jelaskan dengan terperinci. Terima kasih.

Jawapan


Imam Ahmad dan Nasa’i meriwayatkan: “Khaulah pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang wanita yang bermimpi seperti yang dialami oleh lelaki. Nabi menjawab: ‘Dia tidak wajib mandi sehinggi ia keluar mani seperti juga lelaki juga tidak wajib mandi apabila ia tidak keluar mani ‘. “.

Oleh kerana biasanya keluar mani wanita sukar untuk dikesan, maka memadailah dengan merasakan lazat dan kenikmatan atau kepuasan itu membuktikan bahawa wanitanya telah keluar mani. Jika demikian maka perlulah ia mengerjakan mandi wajib.Dengan demikian lebih selamat dan terhindar dari was-was. Wallahu A’lam.


0 comments:

Post a Comment